Friday, June 19, 2009
Hidup kita tak lama tapi tetap hidup kan?
Semua orang tahu kematian tu memang satu yang pasti tapi tak sangka pula secepat ni. Walaupun aku tak rapat sangat dengan arwah, pemergian dia tetap terasa.
Seingat aku, kali terakhir aku borak dengan dia kat YM, mintak game Pikachu, masa tu dia baru lepas keluar dari hospital, dia cakap hidup kita tak lama tapi tetap hidup kan? Aku cakap dengan dia, jangan cakap benda-benda mengarut dia letak ikon senyum. Masa tu, aku borak dengan dia tak lama pun. Waktu tu dia dah sakit sebenarnya tapi bila aku tanya dia cakap tak ada apa-apa.
Walaupun kita tak kenal lama, tak sampai setahun pun tapi macam-macam jugak kita sempat buat sama-sama. Walaupun kita taklah rapat mana tapi aku tetap terasa kehilangan tu.
Aku mintak ampun dan maaf kalau ada buat salah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Al-Fatihah
Tuesday, June 9, 2009
Tag - Jeju
Rules & RegulationsDO NOT copy answers. Tagged questions must be 100% same
Tag 9 people before doing the tag. People i tagged:
1. Pjoe
2. Nulu
3. Moja
4. Ezza
5. Naz
6. Scha
7. Elmi
8. Jeju
9. Ely
How do you know 1?
Erk...dari blog dia kot :))
What would you do if you never meet 2?
Jadi girlfriends tak cukup quota.
What would you do if 3 & 4 dated?
Moja dengan Ezza? Sumpah aku gelak gila-gila =))
Would 5 & 6 make a good couple?
Naz dengan Scha? hehe boleh kot. Lawa kot gambar Naz ambik untuk Scha...ehem! :))
You think 7 is attractive?
Tidak tapi dia selalu perasan.
Would you date 8?
Bukan setakat date, tidur sebantal kot :))
Tell me something about 9
Ely mempunyai sebuah bilik yang sangat bersepah nak mati. Dia selalu cakap punk rock tak kemas bilik.
What's 1's favourite past time?
Masa Liverpool kalahkan Man U hari tu kot
What language does 2 speaks?
Aku pernah dengar dia cakap melayu, english tak pernah tapi aku rasa dia pandai cakap bahasa jepun kot.
Who is 3 going out with?
Entahlah tapi dia sangat karat. Entri dia asyik-asyik jiwang.
How old is 4?
Kalau tak salah 24.
When was the last time you talked to 5?
Dah lama. Itu pun borak kat wall facebook je.
Who is 6's favorite singer?
Faizal Tahir kot :))
Would you date 7?
Tidak...hahahhahaha :))
Is 8 single?
Sangat single. Silalah mengorat.
What's 9's last name?
Rashid laa kot? :))
Saturday, June 6, 2009
Tak tahu apa nak tulis
Minggu ni sangat bosan nak mati sebab Pjoe ambik laptop aku. Ni baru dapat online balik. Siot kan dia?Minggu lepas aku naik atas mesin penimbang, naik 3kg, gila laaaaaa! Ni betul-betul dah gemuk bukan macam dah gemuk.
Nak gambar banyak-banyak dari Elmi, bilalah nak kasi woi! :P
Tempat kerja baru macam ok tapi persekitaran pejabat di monopoli oleh kaum india. Pening jugak aku kadang-kadang tu, tahan jela. Sejak kerja sini, tiap-tiap hari aku makan masakan mamak, dah naik jemu dah. Nak bawak bekal? Jangan haraplah.
Oh bulan ni aku sangat-sangat kekurangan duit sebab aku tak kerja 2 minggu hari tu. Tak boleh nak makan best-best, main benda bodoh-bodoh, beli benda-benda mengarut. Rasanya, bulan depan baru stabil balik kot. Segala hutang-hutang akan dijelaskan bulan depan. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Baju aku banyak lagi tak basuh, bilalah Pjoe nak beli mesin basuh ni? :))
Daus dah sampai KL semalam, nak sangat jumpa dengan dia. Orang kalau pergi luar negara berbulan-bulan, bila balik Malaysia ada perubahan tak eh?
Rasa macam nak pergi gig kat Modesto tapi duit tak mengizinkan pulak. Nasib baik dapat pergi Hari Bintang Jatuh. Terima kasih kat Janaah. Elmi wei, nak laa gambar!
Nik, topup weh!
Saturday, May 30, 2009
Karma
Hidup ni jadi seronok sebab kita tak boleh nak tahu apa yang berlaku esok, lusa, masa depan. Aku tak pernah terfikir pun aku boleh menangis sebab nak sangat makan laksa kat Food Court Jusco, bila sampai Jusco laksa dah habis. Terus sedih, menangis sampai mak cik jual laksa tu pun macam rasa bersalah.Benda tak boleh nak jangka, bukan aku saja-saja gedik nak menangis. Bila dah normal macam ni aku rasa macam bodoh gila menangis sebab tak dapat makan laksa. Esoknya, aku pergi jugak makan laksa kat situ, tak sedap pulak tu, sia-sia je menangis. Kesimpulanya bukan sebab kau pun aku menangis. Tak payahlah risau, ok? (: Kalau hari tu saya buat awak sedih, saya mintak maaf. Saya tak nak awak macam tu lagi. Saya janji ni.
Aku tak pernah kena pukul, kena belasah teruk-teruk sampai nak mati, kena tampar pun tak pernah, paling kuat setakat kena cubit je kot. Rasanya, sakit mental, sakit hati tu jauh lebih sakit dari sakit kena langgar lori.
Aku tak pernah bergaduh pun, kalau bergaduh pun bukan dapat apa tapi aku tak nak berbaik dengan sesetengah orang. Tak perlulah cakap eh, jangalah macam tu, benda yang lepas tu lepas laa, pergi mampus laa sama kau.
Why forgive when you can't forget?
Tak perlu risau, aku tak akan buat benda-benda bodoh lagi. Dah buang pun semua ubat-ubat tidur, dah tak ada langsung dah, sebenarnya tanpa ubat tidur pun aku boleh tidur 17 jam...haha :P
Tahu tak kenapa orang cakap buat baik balas baik, buat jahat balas jahat? Mudah dan senang, sebab karma tu wujud.
Hati-hati.
Saturday, May 23, 2009
Yaabedabeduuuuu!!!
Dah dapat kerja, dekat sangat dengan rumah pulak tu. Isnin ni mula. Dah tak payah risau pasal duit sangat (:Konon-konon nak kerja Nandos tapi tak kesampaian, haisyh hari tu berangan bukan main, beriya nak makan ayam Nandos tiap-tiap hari.
Pedulilah. Nak jugak makan Nandos tapi Pjoe tak makan pedas pulak dah. Kalau paksa dia macam best jugak kan? =))
Friday, May 22, 2009
Lompat
Tuesday, May 19, 2009
Hilang peluang
Sekarang dah hari Selasa, semalam hari Isnin sepatutnya aku ada temuduga kat Damansara Heights tapi aku bantai online pukul 8 pagi baru reti nak tidur, kunci jam pukul 9 kononnya nak tidur sekejap lepas tu bangun bersiap-siap untuk temuduga jam 11 pagi.Tercelik je mata tengok handphone dah pukul 3, temudugalah sangat. Rasa macam rugi gila babi tak pergi temuduga.
Dah hilang satu peluang...shit!
Monday, May 18, 2009
Lebih kurang 7 bulan yang lepas
Sunday, May 10, 2009
Kembali sebagai penggangur
Dalam tak sedar, dah 6 bulan aku kerja. Jumaat lepas, hari terakhir aku. Sudah dipujuk rayu untuk sambung kontrak tapi aku tetap dengan keputusan. Banyak kot kenangan sepanjang kerja kat sini. Kena masuk dalam meeting room berkali-kali, kena marah sebab selalu lambat 5-10 minit, kena marah sebab dengar lagu, pasang cd, kena marah sebab buka internet, alamak aku lupa nak clear internet history...huwargh! Macam-macam karenah orang aku jumpa, telefon orang yang langsung tak faham bahasa, yang marah-marah, yang gatal pun ada, yang mohon kad kredit semata-mata nak dapat hadiah percuma. Perbualan-perbualan yang aku akan ingat sampai bila-bila pun.
Nak tak nak aku kena cari kerja lain secepat mungkin. Kalau orang lain, mungkin masih boleh harap duit dari keluarga tapi aku tak boleh macam tu. Isnin ni dah ada interview tapi kalau tak dapat juga kerja dalam minggu ni, aku nak bantai kerja kat Nando's. Boleh aku makan ayam tiap-tiap hari...hehe
Aku rasa macam rindu gila pada telefon kat pejabat. Sekarang dah tak boleh bergayut lama-lama dah. Nak tak nak kena juga topup handphone...siot!
Untuk kawan-kawan yang masih kerja kat sana, berhentilah cepat-cepat, cari kerja gaji tinggi lagi, tak dapat apa pun kalau lama-lama kat sana (:
Aku macam nak bergambar gila-gila kot tapi nak buat macam mana, kamera tak ada. Lagipun orang lain macam tak ada respon je bila aku ajak bergambar.
Ini je gambar yang aku ada, itu pun dari kamera orang. Terima kasih atas segala peluang, tunjuk ajar, macam-macam lagi sepanjang tempoh aku kat sana.
Doakan aku dapat kerja baru cepat-cepat (:
Nak tak nak aku kena cari kerja lain secepat mungkin. Kalau orang lain, mungkin masih boleh harap duit dari keluarga tapi aku tak boleh macam tu. Isnin ni dah ada interview tapi kalau tak dapat juga kerja dalam minggu ni, aku nak bantai kerja kat Nando's. Boleh aku makan ayam tiap-tiap hari...hehe
Aku rasa macam rindu gila pada telefon kat pejabat. Sekarang dah tak boleh bergayut lama-lama dah. Nak tak nak kena juga topup handphone...siot!
Untuk kawan-kawan yang masih kerja kat sana, berhentilah cepat-cepat, cari kerja gaji tinggi lagi, tak dapat apa pun kalau lama-lama kat sana (:
Aku macam nak bergambar gila-gila kot tapi nak buat macam mana, kamera tak ada. Lagipun orang lain macam tak ada respon je bila aku ajak bergambar.
Ini je gambar yang aku ada, itu pun dari kamera orang. Terima kasih atas segala peluang, tunjuk ajar, macam-macam lagi sepanjang tempoh aku kat sana.
Doakan aku dapat kerja baru cepat-cepat (:
Monday, May 4, 2009
Sekarang aku dah ada selipar sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)









