Monday, November 9, 2009

Piala Malaysia 2009

Semalam tengok bola. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Semua orang dah tahu kot Kelantan kalah semalam.

Datang stadium seawal pukul 3 kot. Penyokong Kelantan memang jauh lebih ramai dari Negeri Sembilan. Jauh tu Kelantan nak ke Bukit Jalil, sanggup diorang datang jauh-jauh. Negeri Sembilan yang jauh lebih dekat tu pun tak ramai penyokong macam tu.

Nak buat macam mana, tak ada rezeki lagi nak menang. Tak apa, tahun depan ada lagi.

Duduk dekat kerusi paling depan memang bahaya, jadi mangsa kena mercun. Kalau mercun jatuh atas padang tak apa, ni jatuh kat penonton. Nasib baik aku sempat dilarikan. Kalau tak mesti dah cedera.

Kalau kata tak kecewa tu tipulah tapi nak buat macam mana dah tak ada rezeki.

Punyalah ramai orang semalam sampai nak jumpa kawan-kawan lain pun tak sempat. Nak telefon ke SMS ke langsung tak boleh sebab orang ramai sangat. Rasa kalau negeri lain, tak ramai sampai macam ni kot. Tiket nak dapat punyalah susah. Pjoe pukul 10 pagi hari Jumaat dah beratur tapi tak sampai 30 minit semua dah habis. Suruh pulak kawan kat Negeri Sembilan beli, kat sana pun habis.

Tanya orang ni, tanya orang tu dapat juga tiket tapi mahal 10 ringgit. Punyalah susah nak dapat tiket tapi tak apa, janji dapat tengok depan mata.

Tahniah buat Negeri Sembilan dan para penyokongnya.

*There will always be next time! (:

0 comments: